Pergi ke kandungan

Mohamad Zamir Ghazali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zamir ghazali)
Mohamad Zamir Ghazali
AJK AMANAH Nasional
Memegang jawatan
2024 - kini
PemimpinMohamad Sabu
Naib Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu
Dalam jawatan
2024 - Kini
PemimpinMohd Hasbie Muda
Ketua AMANAH Kawasan Kuala Terengganu
Dalam jawatan
2023 - Kini
Didahului olehYM Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Butiran peribadi
Lahir25 Mac 1982
Kuala Terengganu
Parti politik AMANAH
KediamanTerengganu Terengganu
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PekerjaanAhli Politik

Mohamad Zamir Ghazali adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, dan juga merupakan Naib Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu.

Latar Belakang Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Zamir mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda dalam bidang Ekonomi dengan kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Semasa di universiti, Zamir aktif dalam pertandingan debat di peringkat universiti.

Penglibatan Politik[sunting | sunting sumber]

Zamir dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda AMANAH Terengganu pada tahun 2017 oleh Hasbie Muda, pada tahun yang sama, beliau diminta untuk mengemudi Pemuda AMANAH Kuala Terengganu, suatu tanggungjawab besar yang menunjukkan kebolehannya dalam mengatur strategi dan memimpin organisasi pemuda di peringkat daerah.

Selain itu, Zamir juga bertindak sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) AMANAH Kawasan Kuala Terengganu. Dalam peranan ini, beliau terlibat secara langsung dalam merangka strategi parti serta memperkukuhkan lagi penglibatan aktif beliau dalam politik.

Pada pemilihan AMANAH 2019, Zamir berjaya memenangi pertandingan di tiga peringkat negeri, iaitu sebagai Ahli Jawatankuasa AMANAH Negeri Terengganu, Ahli Jawatankuasa Pemuda AMANAH Negeri Terengganu, dan Ahli Jawatankuasa AMANAH Kawasan Kuala Terengganu. Kemenangan ini menegaskan kepercayaan dan sokongan yang kuat terhadap kepimpinannya di peringkat negeri.

Selain itu, Zamir juga mencapai kejayaan di peringkat nasional apabila memenangi pemilihan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda AMANAH Nasional 2019. Pencapaian ini menunjukkan pengiktirafan terhadap kemampuannya dalam menggerakkan dan memimpin sayap pemuda parti di peringkat nasional, sekaligus mengukuhkan kedudukannya dalam arena politik Malaysia.

Beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda AMANAH Terengganu mengantikan Saudara Hasbie Muda yang pada awalnya masih menyandang kedudukan terbabit namun terpaksa melepaskan jawatan bagi memegang jawatan Naib Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu.

Di peringkat AMANAH Kawasan Kuala Terengganu , beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi AMANAH Kuala Terengganu bagi sesi 2019 - 2023.

Dalam pemilihan Parti AMANAH tahun 2023, Zamir Ghazali berjaya menempatkan diri sebagai 15 AJK AMANAH Kawasan Kuala Terengganu dan dipilih sebagai Ketua AMANAH Kawasan Kuala Terengganu mengantikan YM Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Menjadi ketua kawasan sekaligus melayakkan beliau sebagai salah seorang JKP AMANAH Negeri Terengganu. Beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu yang dipimpin oleh YB Senator Mohd Hasbie Muda.

Di peringkat Nasional, Zamir Ghazali telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Tani Parti AMANAH Nasional.

Bertanding Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Poster Kempen

Mohamad Zamir Ghazali telah dicalonkan oleh parti untuk bertanding dalam pilihan raya negeri lalu di DUN Batu Buruk. Dun Batu Buruk merupakan kubu kuat PAS dengan penguasaan selama 8 penggal sejak tahun 1990. Dun ini disandang oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi iaitu anak kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Walaupun Zamir Ghazali tewas di Batu Buruk, namun politik baharu yang dibawa oleh beliau yang menekankan pada idea dan agenda untuk pemajuan Dun Batu Buruk telah menarik perhatian ramai pihak dan memaksa pihak lawan untuk meneruskan politik serang sosok calon secara tidak bermaruah. Audio ucapan yang menyerang Zamir Ghazali dipasang dipasar malam dan tempat tumpuan ramai bertujuan untuk membunuh karekter beliau. Pun begitu, Zamir meneruskan kempen beliau untuk menerangkan agenda pemajuan beliau sehingga tamat tempoh berkempen. Dalam kempen pilihan raya, beliau membawa kempen "Agenda 13 - Laskar Pemajuan Dun Batu Buruk" yang merangkumi 13 pelan tindakan untuk memajukan Dun Batu Buruk.

Kedepan Dalam Isu Palestin[sunting | sunting sumber]

Zamir Ghazali pada 2020 mengecam tindakan timbalan menteri MOSTI, Ahmad Amzad Hashim yang menaikkan promosi EXPO 2020 Dubai UAE sebagai tidak sensitif apabila UAE baru sahaja mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan turut menjemput Israel untuk untuk serta di dalam EXPO terbabit.

Zamir mendesak agar Malaysia menarik diri dari Expo terbabit sebagai tanda solidariti bersama perjuangan rakyat Palestin. Palestin sendiri telah menarik diri dari EXPO terbabit setelah UAE turut menjemput Israel sebagai peserta.

Lantikan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Zamir dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu dan menjadi diantara Pengerusi termuda dalam sejarah. Namun apabila kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan pada 2020, beliau dilucutkan jawatan terbabit.

Pada 2023, Zamir sekali lagi dilantik sebagai Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan oleh Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Pada April 2024, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Mardi Corp.